SYARAT KEMASUKAN
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR
Syarat Permohonan Kemasukan
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat am dan khusus permohonan seperti berikut :
Syarat Am Kemasukan Calon
- Pemohon Warganegara Malaysia;
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah berstatus Bumiputera;
- Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tahun permohonan;
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad; dan
- Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Syarat Khusus Kelayakan Akademik