Search
Close this search box.

KOPERASI

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR

Koperasi ini ditubuhkan untuk meningkat kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Disamping itu,koperasi juga ditubuhkan bagi membantu warga kolej yang menganggotai koperasi. Oleh itu, koperasi telah menyediakan satu rangkaian aktiviti yang membolehkan setiap anggotanya menikmati kemudahan serta perkhidmatan dalam bentuk kebajikan atau tanggungan mudah.

Faedah yang diperolehi oleh ahli adalah

  • Mewujudkan tabungan untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
  • Menyimpan sebahagian dari pendapatan dan memberi pinjaman bagi maksud yang berfaedah dan mendatangkan keuntungan kepada anggota.
  • Menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan / termasuk fungsi pengguna.
  • Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendiri, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih.
  • Melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan di bawah seksyen 54 Akta.
  • Menyertai usahasama dengan koperasi atau syarikat-syarikat swasta dan menjadi anggota Koperasi lain.
  • Menjalankan aktiviti insuran kepada anggota dan bukan anggota.


Pegawai untuk dihubungi
Norazhar bin Abdul Hamid

Pengerusi Koperasi
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Phone: +607 8842222 
Email: norazhar.hamid@mara.gov.my